Sayu di hati..
petang ini...
ku lihat mega hitam berarak..
menyelubungi alam..
tanda datangnya malam..
menggelapkan suasana..
bila ku renung langit yg kian gelap itu
teringat ku pada satu nama
nama yg masih lagi terpahat
di lubuk hati ini
nama itu..
tidak pernah terhakis dr sanubari..
sentiasa diingati..
sentiasa dikenangi..
biar hari demi hari..
silih berganti..
nama itu masih tetap dipuja...
dan diratapi..
laungan sekeping hati..
dalam nyaringnya..
....senyap..
meneriakkan rindu..
yang tidak terucap...
melafazkan cinta..
yang tidak berbalas...
sakit tiada terperi...
sudah cuba ku pujuk...
sudah cuba ku benci...
namun nama itu..
tetap bertakhta di hati..
tak mengapa...
tiada gunanya aku menafikan..
apa yg aku rasa...
biarlah sakit...
biarlah merana..
namun..
akan terus ku curahkan cinta kepada nama itu..
selagi aku masih menyayanginya...
kerana saat ini..
hati ini masih tetap..
dan tidak berubah..
untuk terus menyintai..
nama itu..
yang sepatutnya...
sudah tiada lagi..
ku kembali mendongak ke langit..
eh!!!!
tiada lagi mega hitam..
yg tinggal..
cuma lapangnya sebidang langit..
dan pekatnya sebuah malam..
dihiasi bintang bintang..
yang berkerdipan..
dan bintang yang paling jelas kelihatan..
ialah sebutir bintang...
yang digelar Polaris...
aku tersenyum sendirian...
sambil menahan..
sayu di hati..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home